Monday, August 9, 2010

Tahukah anda apakah itu Hepatitis? Dan bagaimanakah penyakit Hepatitis boleh dijangkit?


Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang akan menyerang dan menyebabkan peradangan serta merusak sel-sel organ hati manusia. Hepatitis diketegorikan dalam beberapa kumpulan, antaranya ialah hepatitis A, B, C, D, E, F dan G. Namun Hepatitis dibezakan kepada beberapa kumpulan ini, hanya Hepatitis A, B dan C yang banyak dihidapi oleh masyarakat Malaysia.

Hepatitis A adalah penyakit hepatitis yang ringan dan jarang sekali menyebabakan sebarang kematian. Penyakit ini disebabkan oleh virus Hepatitis A yang dikenali sebagai VHA (Virus Hepatitis A). Virus ini disebarkan melalui kekotoran dan makanan serta minumuan yang telah dicemari, dan bukan disebarkan melalui hubungan seksual atau melalui darah. Individu yang dijangkiti oleh Hepatitis A akan mengalami sakit seperti kuning, deman, keletihan, hilang selera untuk makan, muntah dan kencing berwarna hitam pekat. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh sebagai pencegahan adalah dengan mencuci tangan dengan bersih, dan suntikan imunisasi.

Selain itu, penyakit Hepatitis B merupakan penyakit yang tergolong di dalam golongan penyakit yang berbahaya di dunia. Penyakit ini disebakan oleh VHB( Virus Hepatitis B) yang menyerang hati manusia. Penyakit ini sangat kronik kerana akhirnya virus ini akan menyebabkan terjadinya kanser hati. Virus ini disebarkan melalui penurunan daripada ibu kepada bayi, hubungan seksual, tranfusi darah, jarum suntikan atau dengan penggunaan alat kebersihan diri yang mungkin terdapat sisa darah secara bersama-sama. Individu yang dijangkiti oleh Hepatitis B akan mengalami demam, sakit perut, dan matanya akan kelihatan kekuningan. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambilkan oleh masyarakat adalah dengan pemgambilan vaksin, terutamanya kepada orang -orang yang berisiko tinggi untuk dijagkit virus ini, seperti mereka yang melakukan hubungan seksual (beberapa pasangan atau homosexual), pekerja kesihatan( jururawat dan doktor) dan mereka yang berada di daerah yang banyak virus Hepatitis B.

Sejurusnya, penyakit Hepatitis yang banyak dihidapi oleh masyarakat Malaysia ialah penyakit Hepatitis C yang disebarkan oleh VHC( Virus Hepatitis C). Penyakit ini adalah penykit hati yang boleh dijangkiti oleh individu melalui transfusi darah, jarum suntikan. Hepatitis C akan menyebabkan kerosakan atau kematian sel-sel hati dan terdedah kepada kanser hati. Individu yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami hilang selera makan, sakit perut, kekuningan kulit dan mata. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai pencegahan ialah pengambilan ubat seperti Interferon Alfa, Pegylated Interferon Alfa dan Ribavirin.

Kesimpulannya, penyakit Hepatitis adalah penyakit yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang kurang mementingkan kesihatan diri akibat kesibukan pekerjaan untuk mencari rezeki demi menikmati kehidupan yang lebih selesa. Maka saat ini banyak ubat pencegahan dan imunisasi dikembangkan bagi mengelakkan dijangkiti Hepatitis. Namun langkah yang paling berkesan dan ampuh untuk mencegah Hepatitis ialah mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat, makan makanan yang bersih dan dimasak, dan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

No comments:

Post a Comment