Thursday, August 26, 2010

Kesibukan masyarakat, penyebab utama Gastrik.


Gastrik atau istilah perubatanya "Gastritis" adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori(H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen dan di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25cm dan boleh mengembang untuk menampung sehingga segelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat semasa sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Slah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik


  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.

  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan.

  3. Pengambilan kokain.

  4. Merokok.

  5. Tekanan

  6. Gangguan autoimun

Secara umumnya, gastrik dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut dan kronik. Pada peringkat akut, keradangan berlaku secara mengejutkan lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.


Pada peringkat kronik, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. Ini terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang.


Tips-tips mengelakkan daripada Gastrik:



  1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ditetapkan.

  2. Pastikan selepaskan makan anda harus minum air suam dan bukan berulamkan minum.

  3. Elekkan makan keropok, jeruk kering dan mee segera.

  4. Jika pada peringkat serius, elakkan segala makanan yang mengandungi yeast.

  5. Elakkan daripada makan terlalu kenyang.




Saturday, August 14, 2010

Tahukah anda apa itu penyakit TIBI (Tubersle Bacilli)?


TIBI ialah sejenis penyakit yang membahaya dan boleh membawa kepada maut jika tidak mendapat rawatan yang sempurna pada masa yang tepat. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggan, kulit dan lain-lain. TIBI paru-paru atau TIBI Pulmonari merupakan jenis TIBI yang sering terjadi di kalangan manusia.



Bakteria TIBI boleh disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI terapung-apung di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubang rapat dengannya terutama ahli keluarga pesakit.



Mereka yang berisiko:




  1. Mereka yang dijangkiti AIDS( Virus HIV)


  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.


  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.


  4. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.


Tanda-tandanya:





  1. Batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu.


  2. Kahak yang mungkin mengandungi darah


  3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.


  4. Susut berat badan dan hilang selera makan.


  5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang.


  6. Mudah letih.


Oleh itu, sesiapa yang mempunyai tanda-tanda berikut hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital, melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpastikan bakteria dan menjalani pemeriksaan x-ray dada supaya penyakit ini dapat ditanggani secepat mungkin.



Langkah-langkah Pencegahan





  1. Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan pusat kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun ke bawah.


  2. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.


  3. Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.


  4. Rawatan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan biasanya dalam tempoh rawatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jenis ubat-ubatan ialah Steptomycin, Rifamicin, Ethambutol, Isoniazide Pyrazinamide.


  5. Jika anda mengalami TIBI, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.


Rawatan TIBI:



Rawatan untuk penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya rawatan harian selama 2 bulan biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.



*Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.



Jika rawatan ini diikuti secara tetap oleh pesakit berkenaan, kemungkinan boleh sembuh adalah besar.



Nasihat Umum





  1. Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung di dalam udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.

  2. Buka semua tingkap sempurna mencegah Tibi dari merebak.

  3. Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman Tibi.

  4. Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.

Fakta-fakta Penting



  1. Penyakit Tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman.

  2. Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan.

  3. Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti kepada orang lain.

  4. Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

Penyakit TIBI boleh disembuhkan jika dikesan awal serta diberi rawatan. Jaga kesihatan agar dapat hidup dengan sihat sepanjang masa. Setiap penyakit ada ubatnya. Rawatan segera akan menyelamatkan nyawa.


Friday, August 13, 2010

Tekanan harian penyebab penyakit mental...adakah ini betul?


Apakah itu penyakit mental? Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Penyakit mental boleh dibezakan daripada segi tahap keterukannya, jangka masa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Ia juga boleh bersifat sementara ataupun berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang mengalami gangguan mental ialah seseorang itu perubahan tingkah laku yang ketara, cepat marah, hilang selera makan, susah tidur, mudah kecewa, rendah diri dan sebagainya.

Tidak semua kes penyakit mental diketegorikan dengan sama jenis. Ia boleh dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Antaranya yang paling ketara ialah penyakit neurosis. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami penyakit ini selalunya sedar akan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit sahaja. Contoh penyakit neurosis ialah kemurungan dan kebimbangan. Penyakit psikosis juga salah satu penyakit mental. Individu yang mengalami penyakit ini akan mengalami penyakit ini akan mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Selain itu, kewarasan mereka juga terjejas. Mereka akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib yang berkomunikasi dengan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai halusinasi. Lagi satu keadaan dikenali sebagai delusi. Golongan yang mengalami keadaan ini tidak menimbulkan kepercayaan kepada orang lain. Mereka akan sentiasa menganggap ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka. Ini akan menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan. Mereka juga mungkin berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa, menangis ataupun marah tanpa sebab.

Terdiri daripada beberapa punca yang akan menyebabkan berlakunya penyakit mental. Punca yang paling ketara ialah seseorang itu tidak mempunyai kemahiranuntuk menyelesaikan masalah ataupun mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah. Apabila menghadapi masalah, mereka akan berasa ketekanan dan seterusnya mengakibatkan emosi mereka terganggu. Lambat laun, masalah ini akan berubah menjadi parah ika tidak mendapat sokongan daripada keluarga ataupun kawan dan ini kemungkinan membawa pesakit membunuh diri. Selain itu, faktor genetik atau keturunan keluarga juga merupakan salah satu puncanya. Ahli di dalam keluarga individu yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding dengan populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Di samping itu, sejarah hidup yang getir juga akan menyebabkan penyakit mental berlaku. Mereka yang tidak dapat melupakan peristiwa yang tidak gembira dialami akan menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kenangan tersebut. Keadaan ini akan membawa berlakunya kes penyakit mental.

Penyakit mental pada masa kini sudah terdapat cara untuk rawat. Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Walaubagaimanapun, pengambilan ubat perlu mengambil masa yang panjang sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakka. Selain pengambilan ubat, terdapat satu lagi rawatan yang dikenali sebagai rawatan elektrokonvulsif. Rawatan ini diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.Sebelum rawatan dijalankan, seseorang itu akan diberikan bius.

Kauseling juga membantu pesakit mental menghadapi penyakit mereka. Kauseling yang sesuai boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kessan rawatan. Jumlah sesi kauseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Di samping itu, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan juga banyak membantu pesakit mental untuk pulih.

Kesimpulan, pesakit mental amat memerlukan sokongan daripada masyarakat. Masyarakat tidak harus memandang rendah terhadap penyakit mental. Masyarakat harus menghulurkan bantuan terhadap mereka yang mengalami masalah mental agar mereka tidak terasa disisihkan oleh semua orang. Sokongan yang diberikan akan menambah keyakinan pesakit mental supaya pulih daripada penyakit mental.

Monday, August 9, 2010

Penyakit yang melanda seluruh dunia, dan memberi kesan yang serius. Influenza H1N1


Virus influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan khinzir disebabkan oleh virus influenza jenis A(H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan khinzir. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesankan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia kepada manusia yang lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Virus ini boleh berjangkit kepada seseorang yang lain apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair yang terkeluar semasa bersin atau batuk akan terkena tangan pesakit, permukaan objek atau tersebar ke udara. Seterusnya:


  1. Seseorang boleh dijangkiti samada melalui pernafasan.

  2. Melalui sentuhan tangan pesakit.

  3. Menyentuh permukaan objek yang telah dicemar. (keyboard, pemegang tangga atau tombol pintu)

Seperti yang diketahui virus ini dapat hidup di atas sesuatu permukaan selama 2-8jam. Virus ini akan tersebar dari seseorang yang dijangkiti kepada seseorang yang lain di antara 1 hari sebelum orang yang dijangkitu mula sakit ke 5 hingga 7 hari selepas dijangkiti. Virus akan bertahan lebih lama di dalam badan manusia tertentu terutamanya kanak-kanak dan orang yang mempunyai daya immuniti yang rendah.


Simptoms dan Gejala Influenza A(H1N1)



  1. Batuk

  2. Sakit tekak

  3. Sakit kepala

  4. Sakit badan

  5. Kelesuan

  6. Demam

*ada juga sesetangah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dilaporkan


Golongan berisiko tinggi



  1. Kanak-kanak terutama berumur kurang daripada 5 tahun.

  2. Pesakit yang menggunakan aspirin dalam jangka masa yang panjang, terutamanya kanak-kanak dan remaja berusia kurang daripada 18 tahun.

  3. Wanita yang mengandung.

  4. Individu yang mengalami daya ketahanan yang rendah. Contoh, pesakit dalam rawatan immunosuppression.

  5. Individu berusia 65 tahun ke atas.

  6. Pesakit seperti asma, hepatik, kencing manis, neurologik,obstruktif dan heamatol.

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

Langkah Pencegahan



  1. Menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan berson. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah dan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan air.

  2. Kerap mencuci tangan dengan kaedah yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit.

  3. Memakai topeng mulut dan hidung (Flu Mask) jika selesema atau berada di tempat-tempat awam.

  4. Jarakan diri anda daripada orang yang selesema sejauh lebih kurang 1 meter.

  5. Amalkan amalan hidup yang sihat seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang untuk meningkatkan immuniti badan.

*Menyediakan kit H1N1 anda sendiri dan sentiasa membawanya ke mana-mana sahaja bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.


Kit H1N1:



  1. Mask

  2. Tisu/ Sapu tangan

  3. Hand sanitizer

Penyakit Japanese Encephalitis (JE) membimbangkan masyarakat.


Penyakit Japanese Encephalitis(JE) merupakan:


  • Suatu penyakit yang menyerang susunan saraf pusat(otak) mengakibatkan radang otak mendadak yang disebabkan oleh virus JE.

  • Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Penyakit JE merebak melalui Virus JE yang akan membaik di dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah daripada khinzir, ia membawa bersama virus JE. Selepas 14 hari nyamuk ini berupaya untuk menyebarkan virus JE kepada perumah baru iaitu khinzir yang lain atau manusia. Manusia dan khinzir biasanya lebih mudah dijangkiti dengan virus JE apabila digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus. Namum manusia dan khinzir adalah perumah yang terakhir( dead and host). Oleh itu, penyakit ini tidak akan menyebarkan dari seseorang pesakit kepada seseorang individu yang lain dan tidak akan merebak melalui pemakanan daging khinzir.


Tanda-tanda Pesakit JE



  1. deman

  2. sakit kepala

  3. lemah anggota badan( malasise)

  4. resah meracau( confusion)

  5. mengantuk(drowsy)

  6. sawan(convulsion/fits)

  7. lumpuh(paralysis)

  8. tidak sedar diri(coma)

Seseorang yang digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus JE akan menimbulkan simptom-simptom penyakit dalam masa sebanyak 5 hingga 15 hari.


Pencegahan



  1. sesiapa yang tinggal berdekatan dengan kandang khinzir boleh mencegah penyakit JE dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk. Contohnya, tidur dalam kelambun, menggunakan ubat racun serangga( lingkiran nyamuk" repellent","aerosol" dan lain-lain)

  2. memasang jejaring nyamuk pada setiap tingkap.

  3. memakai baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada di luar rumah.

  4. menhapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan memastikan saluran perparitan yang sempurna dan air tidak bertakung.

  5. menjaga kebersihan kawasan rumah dan membuang semua peralatan buruk yang akan bertedur dengan air hujan.

Rawatan


Secara umunya, masih tiada rawatan yang khusus bagi mengubati penyakit JE. Pemberian ubat demam adalah bagi mengelakkan pesakit daripada demam panas dan mengawalkan suhu badan.Kanak-kanak yang berusia 15 tahun harus mendapatkan suntikan vaksin JE kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit JE. Vaksin yang disuntikan dihasil daripadalultur otak tikus tetapi menberi kesan sampingan kepada pesakit. Contahnya alahan di kulit dan bengkak di kulit.

Denggi merupakan penyakit yang tidak boleh dipandang rendahkan keseriusan penyakit ini.


Apakah itu penyakit demam denggi? Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes ke atas seseorang yang berjangkiti virus denggi kepada seseorang yang normal sebelumnya. Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Sehingga kini, masih belum adanya ubat penawar untuk mengubati penyakit ini. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes telah banyak dianjurkan oleh kerajaan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi.

Deman Denggi Klasikal
Deman denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku akan turun sehingga hilang deman diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantaraan atau ruang ketiga, kerana kapilari darah menjadi rapuh. Pada peringkat ini, pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko pendarahan.

Demam Denggi Berdarah
Deman denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam panas, pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem pengedaran darah. Pesakit juga akan kelihatan resah dan lemah, kemudian akan mengalami renjatan atau sawan dengan cepat.

Tanda-tanda demam Denggi


  1. Deman kuat yang mengejutkan dan berlarutan

  2. Sakit kepala

  3. Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata

  4. Bintik merah pada kulit

  5. Pendarahan di bawah kulit, hidung dan mulut

  6. Hilang selera makan

  7. Muntah berterusan

Rawatan Demam Denggi


Scara umumnya, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala deman denggi haruslah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat dan digalakkan minum air dengan banyak. Jika disyaki telah dijangkiti demam denggi, pesakit hendaklah dimasukan ke dalam hospital secepat mungkin.


Rawatan Demam Denggi Klasikal


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan suhu badan dan mengelakkan daripada pendarahan berlaku.


Rawatan Demam Denggi Berdarah


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu, demam harus dikawalkan dengan pengambilan ubat antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala pendarahan dan sawan dapar dikesakan dengan awal. Maka pemberian aliran intravena perlu sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes:



  1. Pasu bunga

  2. Kolam mandi

  3. Tangki air

  4. Longkang

  5. Botol

  6. Saluran air hujan

Cara-cara untuk mencegahkan Demam Denggi:



  1. Membuang bekas yang boleh menakung air

  2. Membersihkan sampah-sarap dan buang di tempat yang sesuai

  3. Kumpulkan dan lupuskan semua barangan yang tidak digunakan

  4. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup sepanjang masa

  5. Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air

  6. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas air dibersihkan

  7. Bersihkan saluran air hujan

  8. Membela ikan seperti ikan gapi atau puyu dalam kolam ikan



Tahukah anda apakah itu Hepatitis? Dan bagaimanakah penyakit Hepatitis boleh dijangkit?


Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang akan menyerang dan menyebabkan peradangan serta merusak sel-sel organ hati manusia. Hepatitis diketegorikan dalam beberapa kumpulan, antaranya ialah hepatitis A, B, C, D, E, F dan G. Namun Hepatitis dibezakan kepada beberapa kumpulan ini, hanya Hepatitis A, B dan C yang banyak dihidapi oleh masyarakat Malaysia.

Hepatitis A adalah penyakit hepatitis yang ringan dan jarang sekali menyebabakan sebarang kematian. Penyakit ini disebabkan oleh virus Hepatitis A yang dikenali sebagai VHA (Virus Hepatitis A). Virus ini disebarkan melalui kekotoran dan makanan serta minumuan yang telah dicemari, dan bukan disebarkan melalui hubungan seksual atau melalui darah. Individu yang dijangkiti oleh Hepatitis A akan mengalami sakit seperti kuning, deman, keletihan, hilang selera untuk makan, muntah dan kencing berwarna hitam pekat. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh sebagai pencegahan adalah dengan mencuci tangan dengan bersih, dan suntikan imunisasi.

Selain itu, penyakit Hepatitis B merupakan penyakit yang tergolong di dalam golongan penyakit yang berbahaya di dunia. Penyakit ini disebakan oleh VHB( Virus Hepatitis B) yang menyerang hati manusia. Penyakit ini sangat kronik kerana akhirnya virus ini akan menyebabkan terjadinya kanser hati. Virus ini disebarkan melalui penurunan daripada ibu kepada bayi, hubungan seksual, tranfusi darah, jarum suntikan atau dengan penggunaan alat kebersihan diri yang mungkin terdapat sisa darah secara bersama-sama. Individu yang dijangkiti oleh Hepatitis B akan mengalami demam, sakit perut, dan matanya akan kelihatan kekuningan. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambilkan oleh masyarakat adalah dengan pemgambilan vaksin, terutamanya kepada orang -orang yang berisiko tinggi untuk dijagkit virus ini, seperti mereka yang melakukan hubungan seksual (beberapa pasangan atau homosexual), pekerja kesihatan( jururawat dan doktor) dan mereka yang berada di daerah yang banyak virus Hepatitis B.

Sejurusnya, penyakit Hepatitis yang banyak dihidapi oleh masyarakat Malaysia ialah penyakit Hepatitis C yang disebarkan oleh VHC( Virus Hepatitis C). Penyakit ini adalah penykit hati yang boleh dijangkiti oleh individu melalui transfusi darah, jarum suntikan. Hepatitis C akan menyebabkan kerosakan atau kematian sel-sel hati dan terdedah kepada kanser hati. Individu yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami hilang selera makan, sakit perut, kekuningan kulit dan mata. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat sebagai pencegahan ialah pengambilan ubat seperti Interferon Alfa, Pegylated Interferon Alfa dan Ribavirin.

Kesimpulannya, penyakit Hepatitis adalah penyakit yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang kurang mementingkan kesihatan diri akibat kesibukan pekerjaan untuk mencari rezeki demi menikmati kehidupan yang lebih selesa. Maka saat ini banyak ubat pencegahan dan imunisasi dikembangkan bagi mengelakkan dijangkiti Hepatitis. Namun langkah yang paling berkesan dan ampuh untuk mencegah Hepatitis ialah mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat, makan makanan yang bersih dan dimasak, dan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.