Monday, August 9, 2010

Denggi merupakan penyakit yang tidak boleh dipandang rendahkan keseriusan penyakit ini.


Apakah itu penyakit demam denggi? Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes ke atas seseorang yang berjangkiti virus denggi kepada seseorang yang normal sebelumnya. Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Sehingga kini, masih belum adanya ubat penawar untuk mengubati penyakit ini. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes telah banyak dianjurkan oleh kerajaan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi.

Deman Denggi Klasikal
Deman denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku akan turun sehingga hilang deman diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantaraan atau ruang ketiga, kerana kapilari darah menjadi rapuh. Pada peringkat ini, pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko pendarahan.

Demam Denggi Berdarah
Deman denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam panas, pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem pengedaran darah. Pesakit juga akan kelihatan resah dan lemah, kemudian akan mengalami renjatan atau sawan dengan cepat.

Tanda-tanda demam Denggi


  1. Deman kuat yang mengejutkan dan berlarutan

  2. Sakit kepala

  3. Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata

  4. Bintik merah pada kulit

  5. Pendarahan di bawah kulit, hidung dan mulut

  6. Hilang selera makan

  7. Muntah berterusan

Rawatan Demam Denggi


Scara umumnya, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala deman denggi haruslah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat dan digalakkan minum air dengan banyak. Jika disyaki telah dijangkiti demam denggi, pesakit hendaklah dimasukan ke dalam hospital secepat mungkin.


Rawatan Demam Denggi Klasikal


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan suhu badan dan mengelakkan daripada pendarahan berlaku.


Rawatan Demam Denggi Berdarah


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu, demam harus dikawalkan dengan pengambilan ubat antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala pendarahan dan sawan dapar dikesakan dengan awal. Maka pemberian aliran intravena perlu sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes:



  1. Pasu bunga

  2. Kolam mandi

  3. Tangki air

  4. Longkang

  5. Botol

  6. Saluran air hujan

Cara-cara untuk mencegahkan Demam Denggi:



  1. Membuang bekas yang boleh menakung air

  2. Membersihkan sampah-sarap dan buang di tempat yang sesuai

  3. Kumpulkan dan lupuskan semua barangan yang tidak digunakan

  4. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup sepanjang masa

  5. Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air

  6. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas air dibersihkan

  7. Bersihkan saluran air hujan

  8. Membela ikan seperti ikan gapi atau puyu dalam kolam ikan



No comments:

Post a Comment