Thursday, August 26, 2010

Kesibukan masyarakat, penyebab utama Gastrik.


Gastrik atau istilah perubatanya "Gastritis" adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori(H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen dan di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25cm dan boleh mengembang untuk menampung sehingga segelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat semasa sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Slah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik


  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.

  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan.

  3. Pengambilan kokain.

  4. Merokok.

  5. Tekanan

  6. Gangguan autoimun

Secara umumnya, gastrik dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut dan kronik. Pada peringkat akut, keradangan berlaku secara mengejutkan lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.


Pada peringkat kronik, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. Ini terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang.


Tips-tips mengelakkan daripada Gastrik:



  1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ditetapkan.

  2. Pastikan selepaskan makan anda harus minum air suam dan bukan berulamkan minum.

  3. Elekkan makan keropok, jeruk kering dan mee segera.

  4. Jika pada peringkat serius, elakkan segala makanan yang mengandungi yeast.

  5. Elakkan daripada makan terlalu kenyang.