Monday, August 2, 2010

Tahukah anda apa itu HIV dan AIDS?


Virus HIV "Human Immuno-deficiency Virus" terhasil daripada kumpulan " Retrovirus". Virus ini akan menyebabkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. Selepas meletuskan AIDS, virus HIV mula dikenalkan. Virus ini tidak akan menunjukkan tanda atau gejala penyakit pada peringkat awal, selepas bertahun-tahun lamanya barulah ditunjukkan pelbagai tandanya. Sehingga kini, asal HIV masih tidak boleh dikenalpastikan. Olehitu, masih tidak adanya vaksin penawar yang dapat mengubati penyakit ini, dan penyakit AIDS adalah sangat bahaya, AIDS merupakan pembunuh kedua besar dalam kalangan masyarakat Malaysia. AIDS bermaksud " Acquired Immuno-deficiency Syndrome". AIDS merupakan peringkat akhir daripada spectrum jangkitan HIV di mana sistem daya ketahanan tubuh badan melawan kuman-kuman jangkitan yang telah dilumpuhkan oleh virus HIV.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh AIDS/STI Unit, Ministry of Health Malaysia menunjukkan bilangan pesakit yang dijangkiti oleh Virus HIV semakin meningkat pada setiap tahun. Dalam lingkungan tahun 1986 hingga 2007 terdapat seramai 80938 orang pesakit yang dijangkiti HIV dan seramai 13635 orang pesakit dikenapastikan menghidap AIDS. Dalam 13635 orang pesakit ini, seramai 10334 telah meninggal dunia. Ini dapat disimpulkan bahawa AIDS adalah sangat bahaya, dan ini haruslah diambilberatkan oleh masyarakat.

Ciri-ciri pesakit yang dijangkiti AIDS adalah seperti berikut:


  1. Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk sesak nafas dan sakit dada. (Pneumonia dan tuberculosis atau miliari akut)

  2. Cirit-birit yang teruk dan berterusan.

  3. CMV (Citomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang pada bahagian mata pesakit.

  4. Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelangkang.

  5. Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (Fungus)

HIV boleh merebakkan melalui liquids dalam tubuh badan kita seperti darah atau air mani. Cara perebakkan HIV adalah seperti berikut:



  1. Hunbungan seks bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut)

  2. Penagih dadah berkongsi jarum atau alat suntikan.

  3. Apabila seseorang pesakit AIDS bergandung, HIV akan dijangkit oleh bayi tersebut atau pesakit AIDS menyusu anaknya.

Memandangkan ketidakadaan ubat atau rawatan yang dapat mengubati HIV/AIDS yang berbahaya ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah cara yang terbaik bagi mengawalkan jangkitan penyakit ini. Pencegahan adalah lebih berkesan daripada merawat. Cara-cara pencegahan adalah seperti berikut:



  1. Manghindari diri daripada melakukan seks di luar perkahwinan.

  2. Mangelakkan daripada melakukan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenalpasti latar belakang dan dengan berbilangan pasangan. (Pelacur)

  3. Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang mungkin dicemari oleh darah.

  4. Bagi ibu-ibu yang dijangkiti HIV elakkan daripada mengandung.


Walaupun vaksin penawar AIDS ini belum dijumpai tetapi dengan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini, Pelbagai rawatan telah dihasilkan bagi menghalangkan dan mengawalkan perebakkaan virus HIV dalam tubuh badan pesakit atau memanjangkan tempoh masa bagi virus HIV untuk merebak.


Rawatan Farmakologi


Rawatan untuk HIV yang melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat symptom yang dialami oleh peskit dengan penggunaan pelbagai jenis dadah. Antara dadah tersebut ialah:



  1. Dadah Antiretrovirus yang akan menyerang dan memusnahkan retrovirus. Sejak akhir tahun 1980-an, para professional perubatan Amerika Syarikat telah menggabungkan dadah antiretroviral ke dalam regimen rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit.

  2. Perencat Protease menghalang enzim HIV dengan berkesan dan menghalang repliksasi daripada berlaku.

  3. Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI) yang digunakan untuk menghalang enzim dalam virus HIV untuk memasuki nucleus sel-sel badan pesakit.


Rawatan Bukan Farmakologi



  1. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terhadap pesakit AIDS adalah disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan perubatan.

  2. Rawatan dan kauselling diberikan kepada para pesakit AIDS.

  3. Pesakit AIDS diberi jagaaan dan perubatan sepenuhnya. (termasuk diberikan Azidothymidine AZT)


Selain daripada rawatan perubatan, pesakit AIDS juga harus mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Makanan yang berkhasiat dapat mengguatkan tubuh badan dan mengekalkan kesihatan pesakit. Pemakanan yang sihat dapat mengurangkan kesan buruk daripada pengambilan dadah semasa menjalankan rawatan perubatan dan seterusnya meningkatkan daya tahan badan. Di samping itu, pesakit AIDS tidak perlu berfikiran negatif dan tidak perlu merendahkankan diri. Kita sebagai satu entiti dalam masyarakat yang sama peringkat, kita harus hormat-menghormati antara satu sama lain. Para pesakit AIDS haruslah sentiasa berfikiran positif dan gembira, ini juga memberikan bantuan kepada sel-sel badan untuk bertentangan dengan virus HIV.


Kesimpulannya, AIDS ini akan merebak kepada sesiapa sahaja dengan tidak peduli akan usia atau jantina. Olehitu, segala pencegahan haruslah dibuat dan berfikir sebelum melakukan suatu. Kita harus mencintai nyawa kita sendiri, dan menyumbang kepada usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia ini sebagai satu negara yang sihat tanpa AIDS.