Monday, August 9, 2010

Penyakit jantung menyerang beribu-ribu orang di Malaysia dan menjadi "Pembunuh Utama"


Saban hari, berjuta-juta orang di dunia mengalami serangan penyakit jantung. Amnya di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung dikatakan pembunuh utama nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian yang dicatatkan akibat penyakit jantung di hospital kerajaan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5247 orang. Tidak semua serangan jantung menyebabkan kematian. Namun umumnya setiap pesakit yang pernah mengalami serangan jantung akan menerima kesannya. Akibatnya akan menjadi lebih parah.

Jantung merupakan salah satu organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Setiap serangan jantung( Myocardial Infarction) sebahagian dari otot jantung akan mati kerana darah tidak sampai ke bahagian jantung. Penyakit jantung yang biasa dihidapi pesakit ialah penyakit jantung koroner(Arteria Koroner) kerana penyakit jenis ini sering menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit, pembuluh darah berfungsi untuk mengalirkan darah dari otot jantung. Punca penyakit jantung sering dikaitkan dengan himpunan kolesterol di dalam pembuluh arteri dan akan menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku( Asterosklerosis). Asteroklerosis terjadi apabila lemak melekat pada dinding arteri seterusnya akan mengeras dan menyempitkan arteri ini juga akan melambatkan pengaliran darah. Penyempitan ini juga akan menyebabkan jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi. Hal ini akan menyebabkan berlaku semakin banyak kerosakan pada jantung. Jika jantung rosak maka degupan jantung menjadi tidak normal. Jantung juga tidak dapat mengepam darah dengan cepat ke otak jika hal ini berlaku dalam masa 10minit maka otak akan mati.

Gejala penyakit jantung yang akan dirasai oleh pesakit ialah rasa ngilu atau mencucuk-cucuk di bahagian dada dan biasanya pesakit akan menyangka itu sebagai ganguan pencernaan. Selain itu, pengidap jantung akan merasa berdebar-debar, berpeluh, pening, dan merasa hendak pitam. Biasanya sebelum serangan jantung, pesakit akan berasa lelah. Beberapa hari sebelum serangan jantung yang kuat, seseorang itu akan mengalami regangan otot secara tiba-tiba di dada dan ia merupakan serangan jantung ringan, serangan mungkin akan terjadi sebelum serangan kuat beberapa hari kemudian.

Tips menjaga jantung anda agar terhindar dari penyakit jantung koroner adalah seperti menjaga pola pemakanan iaitu memilih produk makanan rendah lemak, kurangkan makanan bergoreng, berhenti merokok, menghindari stress, olahraga secara teratur, dan mengelakkan hipertensi/ darah tinggi. Langkah-langkah mengatasi penyakit jantung juga ialah, pesakit dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jantung. Hal ini perlu agar dapat menyelamatkan jantung dari menjadi semakin parah.

Secara konklusinya, organ jantung dilihat begitu berharga untuk meneruskan kelangsungan hidup, maka semua rakyat di Malaysia serta seluruh dunia hendaklah segera memperbaiki gaya hidup agar jantung tetap sihat. Bermulalah dengan memilih makanan berkhasiat, bergizi, rendah kolestrol, berhenti merokok dan mengurangkan stress serta sentiasa bersenam. " Sayangilah Jantung Anda"

No comments:

Post a Comment