Sunday, August 8, 2010

Diabetes mungkin menyerang anda dalam diam?


Penyakit kencing manis telah dikesankan semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Hindu, Mesir, Cina dan Yunani( Greek). Tetapi tahukah anda hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes malah separuh daripada mereka tidak menyedarinya? Oleh itu, wajarlah anda mengambil tahu dan berbuat sesuatu mengenainya agar penyakit ini tidak menghalang anda menjalani kehidupan seperti biasa dan normal. Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat gula yang berlebihan dalam perdaran darah. Hal ini kerana, badan kita kekurangan satu hormon yang dipanggil sebagai insulin. Insulin ini dir=perlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga dalam badan kita. Isulin yang dimaksudkan disini ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar sel pankreas.

Kadang kala penghidap kencing manis tidak menunjukkan sebarand tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Tetapi, bagi mereka yang berisiko tinggi mereka seharusnya bertindak lebih proaktif membuat pemeriksaan doktor untuk mengesan penyakit ini pada setiap tahun. Untuk pengetahuan anda, mereka yang datang daripada ahli keluarga atau keturunan yang menghidap penyakit ini, mempunyai berat badan yang agak berlebihan serta mereka yang mempunyai radang di pankreas lebih berisiko untuk menghidap penyakit ini. Walaubagaimanapun, penyakit ini mampu menyerang sesiapa sahaja malah di segenap lapisan umur sekiranya pemakanan dan minuman tidak dijagakan. Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah atau ujian air kencing antara tanda penyakit ini ialah sering dahaga, sering ke tandas, badan terasa lemah, berat badan turun mendadak serta penglihatan yang kabur. Perubahan gaya hidup yang sedentari( tidak banyak bergerak) menyebabkan penyakit ini lebih mudah menular. Bagaimanapun, pesakit boleh mencapai tahap kesihatan yang optimum sekiranya langkah berjaga-jaga dilakukan seperti melalui amalan pemakanan yang bergula dikurangkan, senaman yang teratur, penjagaan berat badan, pemeriksaan yang berkala keatas diri sendiri dan doktor serta pengambilan ubat yang disyorkan oleh doktor. Sekiranya penyakit ini dibiarkan tanpa rawatan komplikasi lain boleh mengundang seperti komplikasi metabolik, hiperglisemia dan hipoglisemia.

Tuntasnya, penyakit ini boleh dikekangkan dari awal lagi sekiranya langkah berjaga-jaga diambil. Hal ini secara tidak langsung sedikit sebanyak membantu mengembalikan paras gula dalam darah kepada paras normal dan selain itu dapat mengelak komplikasi. Sekiranya anda membiarkan penyakit ini tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti mata, buah pinggan, kaki dan sebagainya. Jadi, sekiranya anda berisiko menghidapi penyakit ini wajarlah anda mengekang penyakit ini kerana diabetes adalah penyakit sepanjang hayat dan kawalannya hanya berada di tangan anda. Oleh itu, sama-samalah kita membanteras penyakit yang diramalkan bakal menduduki takhta wabak terbesar.

No comments:

Post a Comment