Friday, August 13, 2010

Tekanan harian penyebab penyakit mental...adakah ini betul?


Apakah itu penyakit mental? Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Penyakit mental boleh dibezakan daripada segi tahap keterukannya, jangka masa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Ia juga boleh bersifat sementara ataupun berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang mengalami gangguan mental ialah seseorang itu perubahan tingkah laku yang ketara, cepat marah, hilang selera makan, susah tidur, mudah kecewa, rendah diri dan sebagainya.

Tidak semua kes penyakit mental diketegorikan dengan sama jenis. Ia boleh dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Antaranya yang paling ketara ialah penyakit neurosis. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami penyakit ini selalunya sedar akan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit sahaja. Contoh penyakit neurosis ialah kemurungan dan kebimbangan. Penyakit psikosis juga salah satu penyakit mental. Individu yang mengalami penyakit ini akan mengalami penyakit ini akan mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Selain itu, kewarasan mereka juga terjejas. Mereka akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib yang berkomunikasi dengan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai halusinasi. Lagi satu keadaan dikenali sebagai delusi. Golongan yang mengalami keadaan ini tidak menimbulkan kepercayaan kepada orang lain. Mereka akan sentiasa menganggap ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka. Ini akan menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan. Mereka juga mungkin berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa, menangis ataupun marah tanpa sebab.

Terdiri daripada beberapa punca yang akan menyebabkan berlakunya penyakit mental. Punca yang paling ketara ialah seseorang itu tidak mempunyai kemahiranuntuk menyelesaikan masalah ataupun mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah. Apabila menghadapi masalah, mereka akan berasa ketekanan dan seterusnya mengakibatkan emosi mereka terganggu. Lambat laun, masalah ini akan berubah menjadi parah ika tidak mendapat sokongan daripada keluarga ataupun kawan dan ini kemungkinan membawa pesakit membunuh diri. Selain itu, faktor genetik atau keturunan keluarga juga merupakan salah satu puncanya. Ahli di dalam keluarga individu yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding dengan populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Di samping itu, sejarah hidup yang getir juga akan menyebabkan penyakit mental berlaku. Mereka yang tidak dapat melupakan peristiwa yang tidak gembira dialami akan menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kenangan tersebut. Keadaan ini akan membawa berlakunya kes penyakit mental.

Penyakit mental pada masa kini sudah terdapat cara untuk rawat. Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Walaubagaimanapun, pengambilan ubat perlu mengambil masa yang panjang sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakka. Selain pengambilan ubat, terdapat satu lagi rawatan yang dikenali sebagai rawatan elektrokonvulsif. Rawatan ini diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.Sebelum rawatan dijalankan, seseorang itu akan diberikan bius.

Kauseling juga membantu pesakit mental menghadapi penyakit mereka. Kauseling yang sesuai boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kessan rawatan. Jumlah sesi kauseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Di samping itu, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan juga banyak membantu pesakit mental untuk pulih.

Kesimpulan, pesakit mental amat memerlukan sokongan daripada masyarakat. Masyarakat tidak harus memandang rendah terhadap penyakit mental. Masyarakat harus menghulurkan bantuan terhadap mereka yang mengalami masalah mental agar mereka tidak terasa disisihkan oleh semua orang. Sokongan yang diberikan akan menambah keyakinan pesakit mental supaya pulih daripada penyakit mental.

1 comment:

  1. this entry provide us with all the info about mental ill...

    ReplyDelete