Saturday, August 14, 2010

Tahukah anda apa itu penyakit TIBI (Tubersle Bacilli)?


TIBI ialah sejenis penyakit yang membahaya dan boleh membawa kepada maut jika tidak mendapat rawatan yang sempurna pada masa yang tepat. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggan, kulit dan lain-lain. TIBI paru-paru atau TIBI Pulmonari merupakan jenis TIBI yang sering terjadi di kalangan manusia.



Bakteria TIBI boleh disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI terapung-apung di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubang rapat dengannya terutama ahli keluarga pesakit.



Mereka yang berisiko:




  1. Mereka yang dijangkiti AIDS( Virus HIV)


  2. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.


  3. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.


  4. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.


Tanda-tandanya:





  1. Batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu.


  2. Kahak yang mungkin mengandungi darah


  3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.


  4. Susut berat badan dan hilang selera makan.


  5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang.


  6. Mudah letih.


Oleh itu, sesiapa yang mempunyai tanda-tanda berikut hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital, melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpastikan bakteria dan menjalani pemeriksaan x-ray dada supaya penyakit ini dapat ditanggani secepat mungkin.



Langkah-langkah Pencegahan





  1. Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan pusat kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun ke bawah.


  2. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.


  3. Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.


  4. Rawatan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan biasanya dalam tempoh rawatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jenis ubat-ubatan ialah Steptomycin, Rifamicin, Ethambutol, Isoniazide Pyrazinamide.


  5. Jika anda mengalami TIBI, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.


Rawatan TIBI:



Rawatan untuk penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya rawatan harian selama 2 bulan biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.



*Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.



Jika rawatan ini diikuti secara tetap oleh pesakit berkenaan, kemungkinan boleh sembuh adalah besar.



Nasihat Umum





  1. Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung di dalam udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.

  2. Buka semua tingkap sempurna mencegah Tibi dari merebak.

  3. Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman Tibi.

  4. Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.

Fakta-fakta Penting



  1. Penyakit Tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman.

  2. Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan.

  3. Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti kepada orang lain.

  4. Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

Penyakit TIBI boleh disembuhkan jika dikesan awal serta diberi rawatan. Jaga kesihatan agar dapat hidup dengan sihat sepanjang masa. Setiap penyakit ada ubatnya. Rawatan segera akan menyelamatkan nyawa.


1 comment:

  1. Actually i dont know what TB but this entry help me a lot..it talk all about TB..

    ReplyDelete